Thursday 15 May 2014


sambal hitam sedap sekali
orang order tertunggu-tunggu
belimbing buluh mana kau pergi
sampai aku menongkat dagu

belimbing oh belimbing

Berbuah hanya pada musimnya. Nampaknya kena banyakkan stok ni. Cari banyak-banyak dan  masak dan simpan. Kalau tak, beginilah jadinya. Berehat  jer lah dulu. Jika ada kawan-kawan yang terasa nak makan sambal hitam saya, buat masa ni, maaf jer la yer. Nanti kalau dah ada bahan utama belimbing buluh ni, saya akan bagi tau. Tapi kalau nak order dulu pun boleh jer. he he he.

Wednesday 7 May 2014






Terima kasih

Siap untuk dipos. Terima kasih kasih kepada kawa-kawan, walaupun berada jauh tapi masih sudi mendengar khabar dan support saya. Walaupun order tak banyak tapi at least membantu memberi saya kerja. Tak lah buat kerja rutin menguruskan rumah saja. Untuk jumlah order yang sebegini, kos untuk pos saya yang uruskan. Saya dengan posman memang kamcing...hehehe...


Jeng jeng jeng....

Penjenamaan semula. Dari nama asal Sambal Hitam Puteri kini telah bertukar nama kepada Sambal Hitam Idaman. Tukar nama saja, rasa tak tukar. Tetap seperti dulu. Biar sedap makan. Mungkin ada kawan-kawan di sini yang boleh beri tunjuk ajar design sticker agar lebih kelihatan cantik. Yang boleh menarik orang orang untuk melihat sebelum mencuba rasa. Saya ada jugak survey kat internet. Saya ingat upah dia orang print yang warna tapi dengan harga yang begitu, masih lagi belum mampu. Yer la, saya jual kecil-kecilan jer untuk kenalan dan kawan-kawan. Ada juga kawan-kawan yang jauh nak beli. Boleh jer. Tapi saya minta tolong En. Posman la tolong hantarkan. Upah posman tu saya tolong bayarkan. Untung tak banyak tak apa asalkan hati puas.

Monday 21 April 2014

Dah alang-alang masak yang merumitkan tu...masaklah lebih sikit. Rupanya ada juga orang berminat dengan sambal yang saya buat ni. Apa lagi. Rezeki. Masukkan dalam bekas biar cantik sikit. Saya gunakan nama Sambal Hitam Puteri sebab kebetulan saya tinggal di Kg. Sungai Puteri, Kuala Rompin. Selepas beberapa ketika saya terjumpa dah ada orang menggunakan nama Sambal Hitam Puteri. Jadi tak naklah gunakan nama sama dengan orang punya. So, saya gunakan pula nama Sambal Hitam Idaman sebab kediaman saya di Taman Idaman Jaya, Kg. Sungai Puteri. Jadi itulah kisah asal-usul nama Sang Sambal Hitam Idaman. Gambar di atas tu ialah masa baru-baru cuba tunjukkan kepada orang hasil masakan saya sempena suatu pesta di sini.

Friday 18 April 2014

Dapur arang digunakan untuk memasak belimbing buluh. Mengekalkan keaslian. Memakan masa sehingga 10 jam. Belimbing ini perlu dimasak lama sebab tu saya gunakan dapur arang. Pernah juga guna dapur gas tetapi oleh kerana tempoh memasak yang terlalu lama maka terganggu untuk memasak untuk makan tengahari.
Saya gunakan tin biskut untuk memasak belimbing buluh ni atas nasihat tuan penasihat...hehehe. Bukan apa, katanya kalau kita gunakan periuk biasa, lama kelamaan periuk tu akan tembus mungkin disebabkan oleh air dari buah belimbing. Kalau guna tin biskut, boleh guna 2 atau 3 kali pun dah kira ok...nanti kita beli biskut lagi.

Thursday 17 April 2014

Cuba rasa sekali. Sedap. Dah tu cuba buat sendiri. Jadi inilah hasilnya. Oleh kerana saya ni berasal dari keluarga orang berniaga maka.... ehem! ehem! masukkan dalam bekas dan timbang dan jual....bukan keutungan semata-mata yang dicari tetapi kepuasan diri.

Belimbing buluh. Kalaulah semua pokok belimbing ni berbuah lebat macam ni. Wow. Saiz buah yang sedang elok untuk dijadikan sambal hitam. Macamana nak ambil eh... Nak panjat atau nak jolok jer. Kalau panjat takut nanti tak boleh turun. Nak jolok takut buah jatuh atas tanah. Ada siapa-siapa yang boleh pandangan....pandangan kabur tak nak....hehehe

Mula Mengenali

Mula mengenali sambal hitam pada tahun 2013 apabila jiran depan rumah yang berasal dari daerah Jerantut memberi sedikit. Nampak macam tak menarik. Hitam. Masa makan tengahari, cuba sedikit makan bersama nasi yang masih panas sambil menunggu giliran untuk ceduk lauk. Anak-anak berebut ambik lauk. Tak sedar dah habis separuh nasi yang dimakan dengan sambal hitam. Sedap. Memang sedap. Lebih-lebih lagi makan bila lapar..hehehe.