Monday 21 April 2014

Dah alang-alang masak yang merumitkan tu...masaklah lebih sikit. Rupanya ada juga orang berminat dengan sambal yang saya buat ni. Apa lagi. Rezeki. Masukkan dalam bekas biar cantik sikit. Saya gunakan nama Sambal Hitam Puteri sebab kebetulan saya tinggal di Kg. Sungai Puteri, Kuala Rompin. Selepas beberapa ketika saya terjumpa dah ada orang menggunakan nama Sambal Hitam Puteri. Jadi tak naklah gunakan nama sama dengan orang punya. So, saya gunakan pula nama Sambal Hitam Idaman sebab kediaman saya di Taman Idaman Jaya, Kg. Sungai Puteri. Jadi itulah kisah asal-usul nama Sang Sambal Hitam Idaman. Gambar di atas tu ialah masa baru-baru cuba tunjukkan kepada orang hasil masakan saya sempena suatu pesta di sini.

Friday 18 April 2014

Dapur arang digunakan untuk memasak belimbing buluh. Mengekalkan keaslian. Memakan masa sehingga 10 jam. Belimbing ini perlu dimasak lama sebab tu saya gunakan dapur arang. Pernah juga guna dapur gas tetapi oleh kerana tempoh memasak yang terlalu lama maka terganggu untuk memasak untuk makan tengahari.
Saya gunakan tin biskut untuk memasak belimbing buluh ni atas nasihat tuan penasihat...hehehe. Bukan apa, katanya kalau kita gunakan periuk biasa, lama kelamaan periuk tu akan tembus mungkin disebabkan oleh air dari buah belimbing. Kalau guna tin biskut, boleh guna 2 atau 3 kali pun dah kira ok...nanti kita beli biskut lagi.

Thursday 17 April 2014

Cuba rasa sekali. Sedap. Dah tu cuba buat sendiri. Jadi inilah hasilnya. Oleh kerana saya ni berasal dari keluarga orang berniaga maka.... ehem! ehem! masukkan dalam bekas dan timbang dan jual....bukan keutungan semata-mata yang dicari tetapi kepuasan diri.

Belimbing buluh. Kalaulah semua pokok belimbing ni berbuah lebat macam ni. Wow. Saiz buah yang sedang elok untuk dijadikan sambal hitam. Macamana nak ambil eh... Nak panjat atau nak jolok jer. Kalau panjat takut nanti tak boleh turun. Nak jolok takut buah jatuh atas tanah. Ada siapa-siapa yang boleh pandangan....pandangan kabur tak nak....hehehe

Mula Mengenali

Mula mengenali sambal hitam pada tahun 2013 apabila jiran depan rumah yang berasal dari daerah Jerantut memberi sedikit. Nampak macam tak menarik. Hitam. Masa makan tengahari, cuba sedikit makan bersama nasi yang masih panas sambil menunggu giliran untuk ceduk lauk. Anak-anak berebut ambik lauk. Tak sedar dah habis separuh nasi yang dimakan dengan sambal hitam. Sedap. Memang sedap. Lebih-lebih lagi makan bila lapar..hehehe.